Home Utama Ismail Bakar KSN baharu

Ismail Bakar KSN baharu

Dr Ali Hamsa (kiri) berjabat tangan dengan Dr Ismail Bakar selepas penyerahan Surat Cara Pelantikan dan Nota Serah Tugas di Putrajaya hari ini.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Ismail Bakar dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara yang baharu.

Beliau menggantikan Tan Sri Ali Hamsa yang akan mula bersara esok selepas menjawat jawatan itu sejak tahun 2012.

Ismail merupakan Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang dilantik sejak Jun lalu bagi menggantikan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah.

Melalui Twitter beliau, Ali Hamsa mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Ismail.

“Saya menyerahkan Nota Serah Tugas kepada @IsmailBakar60 yang bakal menggantikan saya sebagai Ketua Setiausaha Negara ke-14. Tahniah dan selamat maju jaya DS!,” katanya. – MalaysiaGazette