Home Sukan Yaya Toure berahsia kelab baharu

Yaya Toure berahsia kelab baharu

Yaya Toure.

LONDON – Ejen Yaya Toure mengesahkan bekas pemain tengah Manchester City itu telah berjaya membuat pemeriksaan perubatan di sini sekali gus mewakli kelab baharu.

Ejennya, Dimitry Seluk menulis di Twitter berkata, Yaya semakin hampir untuk menandatangani kontrak baharu.

Seluk masih berahsia kelab mana yang akan diwakili Toure walaupun West Ham dikatakan berminat dengan pemain berusia 35 tahun itu.

Spekulasi itu timbul kerana Manuel Pellegrini yang kini pengurus kelab itu pernah menjadi di Etihad sebelum ini.

Toure menjadi pemain bebas sejak dia dilepaskan oleh Manchester City pada akhir musim lepas.

Dia bersama penyandang juara Liga Perdana Inggeris itu selama lapan tahun. – MalaysiaGazette