SUBANG JAYA – Penjelasan mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dibuat oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada 19 Oktober ini, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.
Tarikh yang dijangkakan akan berlangsungnya pembentangan Bajet 2019 menurut beliau akan digunakan oleh Guan Eng untuk memberi penerangan tentang kerajaan berkaitan polisi dan program berkaitan bagaimana untuk membantu rakyat.
“Kita perlu tunggu 19 Oktober untuk mendengar apa Menteri Kewangan akan cakap berkaitan polisi, program yang dia mahu lakukan.
“Adakah BR1M akan diteruskan kita akan tahu pada 19 Oktober, kalau tidak sebelum itu. Itu adalah tarikh kita akan bentangkan Bajet 2019,” katanya pada forum A New Malaysia: The New Ahead.
Beliau terdahulu mengakui pendapat salah seorang peserta bahawa isu yang lebih penting adalah bagaimana meneruskan hiduo dengan kos sara hidup.
“Betul apa yang dibimbangi oleh rakyat Malaysia adalah apa makanan yang akan ada dalam pinggan mereka.. apa-apa yang mereka akan makan keperluan mereka.
“Perlu melihat kemiskinan bandar ia pening bukan retorik walaupun bunyi macam bosan,” ujarnya.
Dalam forum yang turut dihadiri oleh dua lagi panel dari Barisan Nasional (BN) iaitu Ahli Parlimen Batang Sadomh Datuk Seri Nancy Shukry (Batang Sading) dan ADUN Pangkor Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, majoriti pendapat yang diketengahkan oleh hadirin adalah tentang bagaimana kerajaan pada hari ini menyelesaikan isu kos sara hidup di saat Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bakal dilaksanakan.
Ada juga yang menyuarakan ketidakpuasan terhadap kerajaan yang sedang memerintah kerana sering menyuarakan bagaimana buruknya pentadbiran yang lalu berbanding menggunakan peluang sebagai pemerintah untuk maju ke depan dan membantu rakyat.-MalaysiaGazette