BRUSSELS, Belgium – Pelari pecut Amerika Syarikat (AS), Christian Coleman mengesahkan dia kini merupakan Raja Pecut Dunia selepas melakukan larian terpantas dengan catatan 9.79 saat dalam acara 100 meter pada Kejohanan Liga Berlian, di sini semalam.
Kejayaan itu cukup bermakna selepas pelari itu mencatat rekod dunia acara 60 meter dalam kejohanan dalam dewan awal tahun ini.
Rakan senegaranya, Ronnie Baker, yang sebelum ini mencatat masa terpantas minggu lalu terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan catatan 9.93 saat.
Atlet Jamaica, Yohan Blake pula berada di tempat ketiga selepas hanya ketinggalan 0.001 saat.
Sementara itu, Coleman merupakan pemenang pingat perak pada Kejohanan Dunia di London tahun lalu.
Dia sebelum ini berehat panjang gara-gara kecederaan pangkal paha yang lama sebelum pulih dan kembali mencatat masa terbaiknya di sini:
Brussels menjadi tuan rumah Liga Berlian buat kali kedua selepas Zurich, yang menawarkan pemenang keseluruhan wang tunai AS$50,000 (RM205,000). – MalaysiaGazette