BALAKONG – Rata-rata kira-kira 1,200 keluarga India yang tinggal di flat Seri Pulai Taman Balakong Jaya dekat sini mengadu mereka hidup dengan seribu satu masalah.
Katanya, pihak berkuasa tempatan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) tidak pernah mengambil kisah kemudahan infrastruktur dan kebersihan lebih 2000 penduduk di situ sehingga mencetuskan persoalan tentang integriti mereka.
Seorang penduduk M. Krishnan berkata beliau sejak menghuni perumahan itu pada tahun 1990 berdepan rintihan kerana persekitaran yang kotor dan bahaya.
Katanya, kemudahan lampu jalan di kawasan perumahanm Seri Pulai itu rosak bertahun lama dan gagal dibaiki MPKJ.
“Jika mengadu kepada wakil rakyat kawasan ini dia memberi alasan itu adalah tugas PBT dan bukan kerja ADUN dan melepas tangan, kalau menghubungi MPKj tidak dilayan.
“Bukan itu sahaja, kami terpaksa kutip duit sendiri dari penduduk dan memasang lampu spotlight untuk menjaga keselamatan kenderaan dan penduduk di sini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.
Seorang lagi penduduk S. Rajoo, 49 berkata, perumahan Seri Pulai yang gagal dijaga dalam pelbagai aspek kebajikan juga mengancam keselamatan penduduk dengan kehadiran tetamu khas tidak diundang.
“Kami undi wakil rakyat di sini tidak kisah BN ke atau Pakatan Harapan pada setiap pilihan raya, tapi apa gunanya, kami undi wakil rakyat bukan untuk memberi alasan dan lepas tangan dari masalah penduduk di sini.
Beliau berkata demikian semasa lawatan calon MCA Pilihan Raya Kecil Balakong Tan Chee Teong bertemu pengundi India di Seri Pulai petang tadi yang turu mendengar permasalahan mereka.
Taman permainan kanak-kanak di sini sejak dibina sehingga hari ini tidak pernah diselenggara dan dibiarkan rosak teruk sehingga besi patah tanpa dibaiki PBT.
“Kami bimbang untuk membiarkan anak anak bermain kerana taman permainan yang sepatutnya digunakan kanak-kanak sebenarnya digunakan tetamu berbisa iaitu ular.
“Saya rasa kalau kanak-kanak di sini mati dipatuk ular barulah pihak berkuasa akan bertindak,” keluh beliau lagi yang turut diancam 25 unit rumah tidak berpenghuni yang penuh dengan sampah sarap sehingga mencetuskan bahaya denggi.
Katanya, sehingga hari ini kebajikan dan kemudahan selamat yang sepatutnya dinikmati kami penduduk di sini, terabai dan diancam bahaya,” katanya ketika ditemui di sini.- MalaysiaGazette