Home Nasional Tidak pernah keluarkan lesen laut kepada warga asing

Tidak pernah keluarkan lesen laut kepada warga asing

logo-DOF

KUALA LUMPUR – Jabatan Perikanan tidak pernah mengeluarkan lesen laut sama ada dalam bentuk disewa atau dipajak dalam kepada warga asing.

Sebaliknya, lesen itu dikeluarkan untuk pengusaha tempatan sepenuhnya.

Ketua Pengarahnya, Datuk Munir Mohd Nawi berkata, mulai September tahun lalu, jabatan itu tidak lagi mengeluarkan permit laut dalam untuk bot terpakai dibeli dari luar negara kecuali dibida dalam negara sahaja.

Tambahnya, Jabatan Perikanan akan meneruskan program pemantauan dan pemutihan kapal laut dalam bagi memastikan bot yang diberikan lesen adalah mematuhi undang-undang, syarat dan Dasar Pelesenan serta diberikan kepada pengusaha perikanan yang benar-benar tulen.

Ia bagi memastikan jaminan bekalan makanan dan kedaulatan makanan negara dimartabatkan. – MalaysiaGazette

c8082ad5b097f8d19268f76d22f1f996?s=150&d=mp&r=g
+ posts