SEPANYOL – Lagenda bola sepak Brazil, Ronaldo Lazario menjadi pemegang majoriti hak milik kelab bola sepak Real Valladolid hari ini.
Bekas bintang tersohor Real Madrid itu telah melabur sebanyak 27 juta pound untuk memegang 51 peratus saham kelab La Liga terebut.
Pemenang Piala Dunia sebanyak dua kali itu membeli saham kelab itu daripada Presiden kelab itu carlos Suarez yang akan terus kekal dalam kedudukan itu.
Bekas pemain Barcelona, AC Milan dan Inter Milan itu juga mengajak para penyokong tegar kelab itu supaya berganding bahu menyokong beliau dalam membina semula kelab itu.
Valladolid kini menduduki tangga ke 16 dalam carta La Liga Sepanyol.
Ronaldo yang bakal memainkan peranan sebagai pengerusi Lembaga Pengarah berkata:” Saya telah mengharungi pelbagai peringkat dalam latihan bola sepak sebelum ini.
“Bola sepak adalah jiwa saya. Kita mempunyai sumber terbaik untuk mencapai misi dan terus membangunkan kelab ini sebagai berjaya.
“Pengurusan baharu kelab ini akan bergerak dengan thema kompetitif, telus, revolusi dan sosial.
“Saya memberi jaminan bahawa kamu akan menyaksikan saya sebagai penyayang Castilla-Leon, Valladolid dan Real Valladolid,” katanya.
Ronaldo mahu memastikan membentuk sebuah pasukan terbaik dalam semua aspek di La Liga yang mampu mencabar pasukan gergasi.
“saya mahu semua pihak termasuk penyokong supaya tampil menyumbang idea , pandangan dan kritikan serta harapan untuk kita membina semula kelab ini.
“Harap anda menjadi sebahagian daripada perkembangan terkini dan masa depan Real Valladolid,” tegasnya.
Menurut Ronaldo dia memilih kelab itu selepas meneliti dan mengupas sejarah kelab itu untuk dikembalikan semula.
Suarez menambah Ronaldo membeli 51 peratus kepentingan saham kelab tersebut sekaligus meletakkan semula kelab itu dalam peta bola sepak Eropah.- MalaysiaGazette