CALIFORNIA – Facebook berkata, ia mengalami masalah teknikal hingga menghalang sesetengah pengguna daripada mengakses dan menghantar mesej di rangkaian sosial yang lain.
Katanya, firma itu sedang memperbetulkan isu tersebut.
“Awal hari ini, beberapa pengguna mengalami kesulitan mengakses atau menghantar ke pelbagai perkhidmatan Facebook.
“Kami telah segera menyiasat dan mula memulihkan akses hampir menyelesaikan masalah yang berlaku. Kami minta maaf atas kesulitan itu,” kata jurucakap Facebook, Jay Nancarrow
Pengguna yang paling terjejas mengalami masalah selama kurang dari 90 minit dan masalahnya tidak khusus untuk rantau tertentu. – MalaysiaGazette