Home Ekonomi Harga kereta VW lebih murah selepas SST

Harga kereta VW lebih murah selepas SST

KUALA LUMPUR – Semua harga kereta Volkswagen kecuali yang diimport sepenuhnya (CBU) adalah lebih rendah susulan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan sejak 1 September lalu.

Pengarah Urusan Volkswagen Passenger Cars Malaysia Sdn. Bhd. (VPCM), Erik Winter berkata, harga baharu bagi model bukan CBU lebih murah sekarang berbanding semasa pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Menurutnya, pengurangan harga itu adalah antara 1.5 peratus dan percaya harga baharu serta pengenalan Skim Perlindungan Harga (PPS) yang dilancarkan akan menjadi tarikan untuk pemilikan jenama kereta itu di negara ini.

Dengan PPS, VPCM akan menyerap perbezaan harga antara harga GST bernilai sifar dan harga SST untuk semua model yang didaftarkan pada 15 November 2018 dan sementara stok masih ada. – MalaysiaGazette