Proses Undi Awal pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bDewan Undangan Negeri (DUN) Balakong selesai lebih awal, iaitu pada pukul 9.30 pagi daripada waktu yang ditetapkan 12 tengahari.
Difahamkan hanya 28 anggota polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menunaikan tanggungjawab mereka sebaik sahaja pusat mengundi dibuka di Kuarters Balai Polis Seri Kembangan pukul 8 pagi tadi.
Mengikut kertas daftar pengundi awal yang dikeluarkan SPR, seramai 31 anggota polis berdaftar layak mengundi. Menurut sumber, tiga orang lagi tidak dapat menghadirkan diri atas beberapa faktor iaitu telah pencen, tidak dapat dikesan dan dibuang kerja.