Home Ekonomi HK cadang sekat warga asing beli kediaman

HK cadang sekat warga asing beli kediaman

Pemandangan kawasan perumahan di Hong Kong, foto Agensi

HONG KONG – Kerajaan Hong Kong akan mempertimbang untuk mengenakan sekatan lebih lanjut ke atas pembelian rumah oleh bukan penduduk tempatan, menurut lapor Jurnal Ekonomi Hong Kong.

Menjawab kebimbangan mengenai warga asing boleh mengelakkan duti setem 30 peratus dengan menggunakan amanah untuk membeli harta, Setiausaha Tetap bagi Pengangkutan dan Perumahan, Stanley Ying berkata, urus niaga oleh bukan penduduk tempatan dan syarikat menyumbang hanya 1.2 peratus daripada jumlah pembelian pada separuh pertama.

“Kerajaan akan terus mengawasi keadaan dan akan melancarkan langkah-langkah apabila perlu tanpa notis,” katanya.

Pihak berkuasa Hong Kong sedang berjuang untuk menangani isu lonjakan harga rumah di bandar itu.

Hong Kong adalah bandar yang paling sukar mendapat harga rumah mampu milik di dunia.

Pelbagai usaha dilakukan untuk mengatasi masalah itu termasuk duti setem dan sekatan pemberian pinjaman dalam usaha untuk mengekang harga. – MalaysiaGazette