Home Nasional Pembebasan Guan Eng lari dari prinsip keadilan

Pembebasan Guan Eng lari dari prinsip keadilan

Presiden Srikandi Malaysia, Datuk Norasyikin Abdul Ghani.
Presiden Srikandi Malaysia, Datuk Norasyikin Abdul Ghani.

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia (Srikandi) menyifatkan tindakan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membebaskan Lim Guan Eng dan Phang Li Koon atas tuduhan rasuah bertentangan dengan prinsip keadilan.

Presidennya, Datuk Norasyikin Abdul Ghani, membebaskan kes tanpa dibawa bicara terlebih dahulu bertentangan dengan prinsip keadilan yang disaran Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Katanya, sepatutnya dibicarakan secara undang-undang untuk menentukan salah atau tidak.

“Lim Guan Eng dibebas rasuah sebab pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menarik balik tuduhan.

“Jadi bukan tiada rasuah tetapi tidak dibuktikan pun itu rasuah atau tidak?
Tidak dibicarakan pun.

“Hipotesis wujud rasuah jika tak ada unsur rasuah masakan SPRM siasat dan dakwa. Beliau tidak dibicarakan pun kes ditarik balik. Adakah kerana campur tangan politik?

“Retorik sahaja kalau kata tidak ada campur tangan politik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Keputusan mahkamah itu dibuat selepas Jabatan Peguam Negara menarik balik pertuduhan tersebut daripada Guan Eng dan seorang ahli perniagaan, Phang Li Koon baru-baru ini.- MalaysiaGazette