KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjawab ringkas dakwaan Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai Chegubard kononnya beliau akan menyertai kerajaan Pakatan Harapan.
Di laman Twitter, bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata: “Habis tu macam mana nak bertanding Presiden UMNO tahun 2021?”
Beliau merujuk kepada berita yang disiarkan portal ini memetik kenyataan Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu di laman Facebook yang secara terang-terangan memetik nama Khairy kononnya sedang menyiapkan tempat di dalam kerajaan Pakatan Harapan.
“Cekap pemainan Khairy Jamaluddin. Provoke untuk dipecat sambil siapkan tempat landing dalam parti kerajaan,” kata Chegubard sambil menyebut nama Ahli Parlimen Rembau itu secara jelas. – MalaysiaGazette
Chegubard dakwa KJ bakal sertai parti kerajaan