Home Ekonomi Malaysia, Singapura tandatangani perjanjian tangguh projek HSR

Malaysia, Singapura tandatangani perjanjian tangguh projek HSR

Pembatalan rancangan pembinaan landasan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Singapura oleh kerajaan Pakatan Harapan telah mencetuskan perdebatan hangat.
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Malaysia akan menandatangani perjanjian dengan Singapura untuk menangguhkan projek keretapi berkelajuan tinggi (HSR) antara kedua negara.

Perjanjian itu akan mengakhiri ketidaktentuan berhubung projek tersebut.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini menyatakan mahu membatalkan projek yang telah diluluskan oleh kerajaan dahulu.

Jemputan media yang dihantar tadi upacara menandatangani surat sampingan projek HSR yang dijadual berlangsung pada pukul 2 petang ini.

Surat sampingan itu akan ditandatangani antara Menteri Hal-Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan.

Seorang sumber kerajaan yang mengetahui tentang perbincangan itu memberitahu Reuters, pengumuman adalah mengenai penangguhan projek berkenaan.

Namun tiada perincian diberikan.

Baru-baru ini, media melapurkan Singapura telah bersetuju untuk menangguhkan projek berkenaan kepada 31 Mei 2020 tanpa penalti bagi membolehkan Malaysia mengkaji kewangannya. – MalaysiaGazette