Home Dunia Hokaido dilanda gempa bumi kuat

Hokaido dilanda gempa bumi kuat

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Gempa bumi kuat berukuran 6.7 pada skala Richter melanda Hokkaido, Rantau Jepun, pada kira-kira 2.08 pagi ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia menerusi kenyataan hari ini, pusat gempa itu terletak di 42.7 darjah Utara dan 142.3 darjah Timur, kira-kira 79km dari Timur Sapporo, Jepun dengan kedalaman 10km.

Gempa bumi itu, bagaimanapun tidak membawa ancaman tsunami, kata kenyataan itu. – MalaysiaGazette