Home Ekonomi Lazada lancar LazMall

Lazada lancar LazMall

Lazada kini menawarkan pelbagai produk dan jenama menerusi LazMall. foto Reuters

KUALA LUMPUR – Platform E-dagang, Lazada, secara rasminya melancarkan kedai dalam talian ‘LazMall’, yang mengetengahkan pilihan jenama utama tempatan dan antarabangsa, pilihan kemuka dalam talian serta jenama pengedar yang disahkan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Christophe Lejeune menerusi satu kenyataan berkata kedai dalam talian itu merupakan destinasi sehenti jenama terkemuka, dengan pembelian diserahkan terus kepada pelanggan dalam tempoh 24 jam atau kurang, adalah tulen 100 peratus, termasuk dasar penghantaran balik secara mudah dalam tempoh 15 hari.

“Pelancaran LazMall sangat penting, memandangkan lebih banyak jenama memilih platform rakan e-dagang untuk meneruskan capaian dan memperkukuh hubungan dengan pelanggan yang kini lebih banyak menggunakan peranti mudah alih, tidak bimbang menggunakan kaedah tanpa tunai, dan menjadikan belian dalam talian sebagai sebahagian daripada gaya hidup mereka,” katanya.

Pelanggan kini boleh menikmati penawaran daripada lebih 500 jenama, termasuk Apple, L’Oréal, Xiaomi, Unilever, Phillips, P&G, Danone, Samsung dan Estee Lauder.

Sementara itu, Lazada juga memperkenal program baharu membeli-belah dikenali sebagai ‘9.9’ di Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam, sebagai persiapan bonaza membeli-belah hujung tahun.

Bertema ‘All You Ever Wanted’”, pembeli ditawarkan diskaun dan tawaran hebat di sepanjang kempen itu. – MalaysiaGazette