Home Ekonomi Rizab BNM AS$104.4b

Rizab BNM AS$104.4b

KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$104.4 bilion pada 30 Ogos 2018 berbanding AS$104.2 bilion pada 15 Ogos lalu.

Paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.5 bulan import tertangguh dan 0.9 kali hutang luar negeri jangka pendek, menurut Bank Negara Malaysia.

Katanya, sebahagian besar hutang luar negeri jangka pendek merupakan hutang institusi perbankan, yang mencerminkan pemusatan pengurusan mudah tunai oleh institusi perbankan Malaysia yang beroperasi di rantau ini dan kehadiran bank-bank asing yang nyata di Malaysia.

Institusi-institusi ini memegang aset luaran yang besar, yang boleh digunakan untuk memenuhi obligasi luaran mereka tanpa perlu membuat tuntutan ke atas rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia, kata Bank Pusat. – MalaysiaGazette