LONDON – Penyerang sensasi, Neymar dikekalkan sebagai kapten Brazil, lapor SkySports.
Berita itu disahkan oleh Ketua Jurulatih kebangsaan negara itu, Tite pada sidang media semalam.
Brazil selama ini mengamalkan sistem penggiliran untuk memilih kapten mereka.
“Saya mengumumkan pemilihan kapten secara giliran sudah berakhir.
“Neymar telah banyak meningkat dan matang sejak beberapa tahun ini dan saya tahu dia sudah berlatih sebagai peranaan yang baharu ini,” jelas Tite
Pemilihan kapten bagi pasukan Brazil bakal menjadi kontroversi sekiranya penyokong-penyokong negara itu tidak menerimanya. – MalaysiaGazette