KUALA LUMPUR – Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) akan menutup empat kilang, dua loji pemprosesan getah dan sebuah loji penapisan minyak sawit yang akan menjana penjimatan kos sebanyak RM13.5 juta.
Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad berkata, penutupan kemudahan itu adalah sebahagian daripada inisiatif pengurangan kos dan penyatuan perniagaan dalam merangsang 80 peratus kecekapan kumpulan perladangan itu.
Menurut beliau, kilang dan loji-loji itu tidak lagi ekonomikal untuk dikekalkan, jadi menyatukan kilang-kilang kecil kepada lebih besar,” katanya pada sidang media selepas mengumumkan prestasi kewangan FGV 2016.
Selain itu, FGV juga melaksanakan MSS dengan mengurangkan 3 peratus daripada 18,000 orang kakitangannya.
Ia melibatkan RM600 kakitangan.
Zakaria berkata, FGV turut menyelaraskan operasinya kepada tiga sektor iaitu perladangan, gula serta logistik dan lain-lain. – MalaysiaGazette