Home Nasional Buggy digunakan bawa pengundi

Buggy digunakan bawa pengundi

BALAKONG – Pengundi di Pilihan Raya Kecil Balakong tidak berdepan masalah mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perimbun, Mahkota Cheras di sini walaupun cuaca hujan.

Kemudahan buggy yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekolah itu bantu memudahkan pengundi hadir melaksanakan tanggungjawab.

Walaupun keseluruhan peratusan keluar mengundi di Balakong sekadar 31 peratus setakat pukul 2 petang tadi, pengundi terus hadir dalam jumlah kecil.

SMK Pelimbun merupakan PDM yang mendaftarkan pengundi tertinggi iaitu 6480 dan 12 saluran mengundi dibuka SPR untuk PRK kali ini.

Walaupun pengundi hadir ke pusat undi secara sedikit demi sedikit tanpa henti suasana di sini memberi bayangan seolah peratusan keluar mengundi masih tidak memberangsangkan.

Cuaca hujan renyai renyai sekitar kawasan SMK Perimbun ketika ini.

Sementara itu, Calon MCA Tan Chee Teong yang ditemui memantau perkembangan di sekolah tersebut turut menyatakan kerisauan mengenai peratusan keluar mengundi hari ini.

“Saya dah tahu akan kalah tapi cuma khuatir dengan peratusan keluar memgundi ini akan mencatatkan terendah.

“Kalau ikutkan sejarah 42 peratus adalah rekod terendah keluar undi dalam pilihan raya.

“Saya risau PRK hari ini mungkin rekodkan sejarah peratusan terendah,” tegasnya. -MalaysiaGazette