TEXAS – Seorang pegawai polis di sini telah menembak mati seorang lelaki selepas beranggapan mangsa memecah masuk kediamannya.
Polis itu memasuki rumahnya selepas tamat kerja malam.
Mangsa, Botham Shem Jean, 26 dirawat di tempat kejadian dan dibawa ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia.
Insiden tembakan itu berlaku di sebuah kompleks pangsapuri mewah hanya satu blok dari penempatan milik jabatan polis, di selatan pusat bandar Dallas.
Menurut kenyataan polis, pegawai itu masuk ke unit yang dia sangka miliknya dan melihat Jean berada di dalam kediaman tersebut.
Polis dan Jean dikatakan berbalah sebelum tembakan dilepaskan.
Pihak berkuasa tidak memberikan butiran lanjut mengenai bagaimana perbalahan itu berlaku, tetapi pegawai polis itu akhirnya memukul dan menembak Jean.
Pegawai polis itu telah diberi cuti sementara siasatan dijalankan.
Ketua Polis Texas, Renee Hall menyifatkan kejadian itu adalah satu situasi unik tetapi siasatan tetap dijalankan mengikut protokol tembakan.
Tambahnya, sampel darah telah diambil untuk ujian dadah dan alkohol serta sedang mendapatkan waran tangkap. – MalaysiaGazette