SHAH ALAM – Ini bukan masanya untuk berebut jawatan dalam syarikat milik kerajaan (GLC) yang hanya akan mengakibatkan perpecahan dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), kata Ketua Armada Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Setelah berjaya memenangi pilihan raya umum yang lalu, kata Syed Saddiq, PPBM khususnya perlu terus bermuhasabah untuk bersama-sama dengan rakyat.
“Bukan masa kita berpecah belah hanya kerana mahu jawatan dalam GLC sebagai PPBM kita perlu buktikan rakyat bahawa kita berlainan walaupun watna merah tapi perjuangan kita perjuangan Melayu yang bermaruah,” katanya ketika menyampaikan ucapan di Sambutan Ulang Tahun Kedua PPBM di Stadium Melawati sebentar
Mengelakkan amalan bermewah, Syed Saddiq menambah parti itu perlu membawa kelainan untuk mengelakkan disamakan dengan UMNO.
“Jangan kita bermewah tunjukkan dan buktikan kita sentiasa bersama rakyat.
“Jangan sampai ada yang kata kita sama sahaja dengan UMNO. Jangan sampai ada yang kata bahawa Armada ini sama sahaja seperti Pemuda UMNO,” ujarnya. -MalaysiaGazette