Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong yang baru dipilih Wong Siew Ki berkata terdapat beberapa faktor yang menyebabkan majoriti di Pilihan Raya Kecil (PRK) itu rendah.
Menurut beliau, rata-rata rakyat berkata mereka sudah selesa dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) lalu dan berkata tidak akan ada perubahan drastik sekiranya mereka tidak turun mengundi.