Home Utama PH rosakkan PTPTN – Najib

PH rosakkan PTPTN – Najib

Bekas Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak bercakap kepada media ketika menghadiri Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.foto IQBAL BASRI, 13 OGOS 2018
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mendakwa Pakatan Harapan (PH) telah menghasut peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) agar tidak membayar semula pinjman mereka.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, gabungan perikatan itu\ melakukannya dengan berjanji semua hutang PTPTN akan dimansuhkan jika mereka menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) sebelim ini menyebabkan pretasi bayaransemula tabung itu tidak baik sejak 10 tahun lalu.

Malah, katanya, keadaan yang sama berlaku pasa saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang mana PH berjanji bagi
mengalakkan orang ramai untuk tidak membayar pinjaman masing-masing.

“Dalam isu PTPTN, bukan sahaja kaum Melayu tidak membayar tetapi ramai juga peminjam dari kalangan kaum-kaum lain yang menerima pinjaman PTPTN kerana termakan hasutan Pakatan.

“Hakikatnya, Pakatan yang merosakkan PTPTN dan mereka tidak patut menggunakan isu ini sebagai alasan untuk menyalahkan satu kaum sahaja,” katanya dalam laman Facebook beliau.

Sehubungan dengan itu, menurut Najib, PH perlu bertanggungjawab terhadap tindakan ramai yang tidak mahu membayar pinjaman.

Oleh kerana Pakatan tidak akan memansuhkan hutang PTPTN seperti dijanjikan sebelum ini, beliau menyeru kepada semua peminjam, tanpa mengira bangsa, termasuk orang Melayu, untuk menunaikan tanggungjawab mereka membayar balik pinjaman mengikut kemampuan masing-masing agar lebih ramai lagi pelajar boleh
mendapat bantuan kewangan pada masa depan.

Sementara itu, Najib berkata, biarpun secara am beliau setuju perutusan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini bahawa orang Melayu patut bekerja sekuat orang lain dan tahu tanggungjawab masing-masing namun beliau tidak setuju Perdana Menteri menggunakan isu pembayaran balik PTPTN sebagai contoh untuk
mengatakan kaum Melayu sebagai malas dan tidak bertanggungjawab. – MalaysiaGazette