Home Utama Anwar Ibrahim akan kalah jika tanding PRK – Lokman

Anwar Ibrahim akan kalah jika tanding PRK – Lokman

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam (kanan) bercakap ketika sesi sidang media selepas bekas Presiden Parti KITA, Zamil Ibrahim selesai menyerahkan borang keahlian UMNO di ibu pejabat UMNO, Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 11 SEPTEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Adam mendakwa Presiden PKR akan tewas jika bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang dijangkakan tidak lama lagi.

Dakwanya Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri akan menghalang Anwar menjadi Perdana Menteri

Katanya, kalau Anwar bertanding di Permatang Pauh selepas ini orang tahu fitnah Najib Tun Razak mencuri dana RM2.6 bilion tidak benar dan fitnah rasuah ke atas menteri-menteri Kabinet terdahulu tidak berasas juga.

“Ini kerana kerajaan baharu selepas memerintah 120 hari tidak ada sebarang pendakwaan terhadap segala fitnah dan dakwaan tersebut dan rakyat ternyata dikencing kuat dan ditipu Pakatan Harapan.

“60 janji dalam lima tahun tetapi 10 janji asas manifesto mereka juga dikencingkan selepas 100 hari.

“Maka dengan keadaan rakyat marah apa yang berlaku ke atas hak keistimewaa orang Melayu oleh kerajaan baharu, saya rasa Anwar akan kalah kalau bertanding di kawasan sendiri (Permatang Pauh),” katanya dalam sidang media di Menara Datuk Onn PWTC hari ini.

Beliau hadir menerim borang keahlian Zamil Ibrahim yang kembali bersama UMNO selepas 20 tahun meninggalkan parti itu pada 1998.

Beliau mengulas demikian sebagai menjawab soalan mengenai PKR yang menjangkakan PRK untuk memberi Anwar diangkat sebagai wakil rakyat.

Tambah Lokman, beliau setuju dengan Ahli Parlimen UMNO Kepala Batas, Datuk Seri Rezal Merican Naina Merican bahawa Anwar mungkin kalah di tempat sendiri.

“Bagi saya dalam keadaan semasa kalau Anwar bertanding mesti kalah, ini pasti kerana kalau BN, Pas atau UMNO tidak letak calon, saya yakin Tun M akan tolong letak calon di sana

“Sebab DR Mahathir akan berusaha bersungguh-sungguh memastikan Anwar tidak akan menjadi PM.

“Kalau Tun M gagal sekat Anwar jadi PM, sebaik sahaja Anwar angkat sumpah sebagai wakil rakyat itu adalah detik bermulanya kehancuran Pakatan Harapan,” tegasnya.

Dakwa beliau lagi, ini kerana jika Tun M tidak dapat terus kekal sebagai PM, atau mengangkat salah seorang anaknya menjadi PM, saya yakin beliau akan membubarkan (Parlimen).

“Saya yakin dia (Tun M) akan bubarkan.. supaya (berniat) kalau saya tak dapat semua juga tak dapat,” jelas lagi.- MalaysiaGazette