Home Dunia AS lontar amaran akan bertindak balas serangan Iraq

AS lontar amaran akan bertindak balas serangan Iraq

Lapangan terbang Basra diserang tiga roket setelah tercetus tunjuk perasaan rakyat terhadap politik rasuah kerajaan Iraq semalam.Foto: AP

WASHINGTON – Amerika Syarikat melontarkan amaran ke atas Iraq pada Selasa bahawa ia akan bertindak balas terhadap sebarang serangan oleh sekutu Tehran di Iraq yang boleh membawa kecederaan dan kemusnahan kepada warga AS dan kemudahan harta bendanya.

Kenyataan Setiausaha Akhbar White House menuduh Iran yang gagal menangani serangan sejak beebrapa hari kebelakangan ini ke atas Konsulat AS di Barsa dan Kedutaan AS di Baghdad.

“Iran tidak bertindak menghalang serangan oleh proksinya di Iraq sebaliknya menyokong mereka dengan bekalan dana, latihan dan senjata,” dakwa kenyataan itu.

“Amerika Syarkat akan memastikan rejimnya di Tehran bertanggungjawab ke atas segala hasil serangan serta kecederaan ke atas pegawai atau kemudahan harta benda kerajaan AS.

“Amerika akan bertindak balas dalam mempertahankan nyawa setiap warga Amerika di sana,” tambah kenyataan itu lagi.

Pada Jumaat lalu, tiga bom diturunkan di Baghdad yang mana terletaknya lokasi Kedutaan AS namun tiada sebarang kemalangan jiwa atau harta benda berlaku, lapor tentera Iraq.

Serangan seumpama adalah pertama kali berlaku di kawasan hijau yang mempunyai Parlimen, bangunan kerajaan dan kedutaan negara-negara luar.

Konsulat AS di Basra berhampiran lapangan terbang diserang roket pada Sabtu lalu tetapi tiada sebarang kerosakan jiwa dilaporkan.

Pergolakan tercetus di Iraq ekoran penunjuk perasaan tidak berpuas hati dengan politik rasuah yang diamalkan kerajaan itu dengan menggeledah bangunan kerajaan Iraq minggu lalu. – MalaysiaGazette