Peguam terkenal, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM9.5 juta daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan dua pertuduhan membuat penyata yang tidak betul mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967.
Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram dan dua pertuduhan membuat penyata yang tidak betul tanpa menyatakan jumlah RM9.5 juta dalam penyata cukainya yang bertentangan dengan Akta Cukai Pendapatan 1967.