SINGAPURA – Kapal besar membawa kargo minyak mentah pertama bagi projek kerjasama Petronas dan Saudi Aramco dijangka tiba di Malaysia pada akhir bulan ini, menurut sumber perdagangan data dari Thomson Reuters Oil Research and Forecast.
Kapal besar minyak Navarin membawa 1 juta tong minyak bagi minyak Arab Saudi dan minyak Iraq dijadual tiba di Malaysia pada 20 September.
Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) adalah kompleks bernilai AS$27 juta yang terletak antara Selat Melaka dan Laut China Selatan, saluran minyak dan gas bagi Asia Barat ke China, Jepun dan Korea Selatan.
Kompleks RAPID akan mempunyai unit penapisan dan petrokimia bagi 300,000 tong sehari yang berkapasiti 7.7 juta tan setahun.
Operasi penapisan akan bermula pada tahun 2019 dan pengeluaran petrokimia enam hingga 12 bulan selepas itu. – MalaysiaGazette