WASHINGTON – Presiden AS Donald Trump dijangka mengumumkan tarif baharu membabitkan kira-kira AS$200 bilion ke atas import China Isnin ini, menuurt Wall Street Journal.
Paras tarif itu mungkin 10 peratus, di bawah 25 peratus seperti yang diumumkan sebelum ini.
Bagaimanapun, White House belum memberi maklum balas terhadap berita itu.
Jumaat lalu, jurucakap White House, Lindsay Walters berkata, Trump telah memberi isyarat jelas untuk meneruskan tindakan dalam menangani amalan perdaagangan tidak adil oleh China.
Trump telah mengarahkan untuk meneruskan tarif, walaupun usaha Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin mahu memulakan semula perbincangan perdagangan dengan China.
Pentadbiran Trump menuntut China untuk mengurangkan lebihan perdagangan AS$375 bilion dengan Amerika Syarikat bagi menamatkan dasar yang bertujuan untuk memperoleh teknologi Amerika Syarikat dan harta intelek serta melancarkan subsidi perindustrian berteknologi tinggi.
Senarai harga berjumlah AS$200 bilion itu termasuk pelbagai produk teknologi internet dan elektronik lain, papan litar bercetak dan barangan pengguna dari beg tangan, basikal dan perabot.
Dengan tambahan AS$200 bilion itu dan sejumlah lagi AS$267 bagi barangan China, jumlah tarif import yang perlu dihadapi China melebihi AS$505 bilion.
Ia merupakan nilai keseluruhan import Amerika Syarikat dari China pada tahun lalu.