DAMANASARA – Pendidian seks pada anak-anak seawal umur 4 tahun tidak lagi boleh dipandang serong dan ganjil, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat, Hannah Yeoh.
Berdasarkan peningkatan kes setiap tahun pembuangan bayi dan remaja mengandung luar nikah, katanya, membuktikan pendidikan seks pada usia belasan tahun tidak lagi sesuai dan disifatkannya terlalu lewat.
“Masa dulu konservetif kita selalu melihat pendidikan seks adalah apabila mereka sudah cecah usia 17 -18 tahun sudah terlalu lambat.
“Pendidikan seks tidak lagi dianggap taboo, bukan lagi subjek yang kita rasa ganjil dan tidak mahu berbicara tentang masalah ini tapi kita kena ajar kerana ini adalah pendidikan asas,”katanya kepada pemberita.
Beliau terdahulu diminta mengulas tentang beberapa kes pembuangan bayi dan pembuangan janin yang berlaku baru-baru ini.
Ibu bapa perlu bijak memainkan peranan dalam mendidik anak-anak pada usia awal tanpa perlu bergantung dengan sekolah tentang sentuhan yang bahaya dan penjagaan diri menerusi memanfaatkan maklumat daripada internet daripada penggunaan telefon pintar.
“Kita juga menyarankan ibu hapa sementara menunggu pihak kerajaan membuat program mengajar pendidikan seks secara meluas di sekolah kesedaran ibu bapa penjaga kita kena pastikan anak-anak kita walaupun usia 4 tahun sudah tahu apa sentuhan yang baik atau bahaya
“Kita ada bahan dari Internet sekarang, mereka boleh gunakan supaya kanak-kanak tahu mana bahagian sulit mereka dan siapa yang boleh menyentuhnya bukan semua orang .
“Jangan hanya bagi anak-anak telefon pintar, ia mungkin pintar tapi bahaya kalau mereka selalu menonton Youtube kalau kita tidak mengawasi mereka dalam 4 klik (beberapa daat) sahaja dapat mengakses kepada video yang bahaya dan tidak sesuai dengan kanak-kanak.
“Kerana kalau kita nak tunggu melalui sekolah kita nak beri latihan kepada cikgu, kita tidak ada masa sekarang kerana kes semakin bertambah sebab itu semua pihak mesti bertindak proaktif sekarang untuk kita selesaikan perkara ini,” tambah beliau.
Sebelum terlambat, Hannah mengingatkan agar ibu bapa bertindak proaktif sebelum anak-anak mereka mendapatkan maklumat tentang seks daripada sumber yang membahayakan mereka.
“Kes pembuangan bayi atau remaja mengandung kita tidak boleh salahkan remaja kerana kalau kita tidak ada program untuk mengajar mereka kita tidak boleh salahkan mereka jika membuat kesalahan.
“Kalau kita tak ajar mereka pasti akan belajar dengan orang lain,” katanya.
Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat menurut Hannah lagi akan memantau kawasan-kawasan yang memiliki jumlah pembuangan bayi dan remaja mengandung tinggi untuk menganjurkan program kesedaran selain daripada usaha sama dengan Kementerian Pendidikan yang bakal dilaksanakan.
“Kementerian kita sekarang sedang melihat material yang kita sedang melihat bagaimana program kesedaran dibuat tanpa melalui sekolah,” jelas beliau.-MalaysiaGazette