Home Nasional Main kutu salah di sisi undang-undang

Main kutu salah di sisi undang-undang

Foto Facebook Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police

KUALA LUMPUR – Polis memberi amaran bahawa main kutu adalah di sisi undang-undang.

Melalui Facebook Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police, polis memaklumkan main kutu adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 3 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.

Mana-mana individu yang disabitkan dnegan kesalahan itu boleh didenda tidk melebihi RM500,000 atau dipenjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

“Salah di sisi undang-undang menjalankan perniagaan menganjurkan kumpulan wang kutu.

“Salah di sisi undang-undang bagi mana-mana orang untuk menjalankan perniagaan menganjurkan kumpulan wang kutu dan mana-mana orang yang menjalankan perniagaan itu melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya,” menurutnya.

Tambahnya, jika ibu kutu melarikan diri, laporan polis boleh dibuat di balai berhampiran dan kebiasaannya kes ini akan dipindahkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk disiasat. – MalaysiaGazette