WASHINGTON – Kementerian Pertahanan Rusia pada Selasa mendakwa salah sebuah pesawat tetera bersama 15 penumpang hilang dari skrin radar di ruang udara Syria.
Insiden itu berlaku semasa Tentera Israel dan Perancia melakukan serangan udara di Syria.
Pegawai tertinggi AS berkata, Washington percaya pesawat tentera jenis Il-20 Turbo itu digunakan untuk kegunaan elektronik yang didakwa ditembak jatuh oleh artileri anti pesawat yang dikendalikan oleh sekutu Moscow iaitu kerajaan Syria.
Sewaktu pesawawat tentera itu hilang di udara, Bandar Syria iaitiu Latakia berhampiran pengkalan udara Rusia diserang peluru berpandu musuh, kata laporan media di Syria.
Kementerian pertahanan Rusia di Moscow berkata, pesawat itu hilang semasa dalam perjalanan pulang ke pengkalan udara Hmeymim di Latakia sekitar pukul 11 malam waktu tempatan Moscow.
Pesawat itu dikatakan terbang merentasi Lautan Mediterranean kira kira 35 kilometer daripada sempadan Syria, lapor Russia TASS News sebagai memetik kata kenyataan kementerian pertahanan Rusia.
Empat jet pejuang F-16 milik Israel didakwa menyerang kemudahan Syria di Latakia.
Pada masa sama sistem radar kawalan udara Rusia mengesan roket dilancarkan dari pesawat Perancis.
Nasib 15 penumpang pesawat tentera Rusia yang masih hilang itu belum dipastikan sementara operasi pencarian telah dilancarkan.
Pada Disember 2016, sebuah pesawat Rusia yang membawa beberapa dozen penyanyi Choir Red Army, penari dan ahli muzik terhempas di Lautan Hitam mengakibatkan 92 orang penumpang terkorban.
Dalam pada itu, Kremlin mengakui pesawat Rusia bersama 15 penumpang yang hilang daripada radar kawalan udara telah ditembak jatuh oleh tentera Syria.
Perancis juga menafikan pihaknya bertanggungjawab terhadap serangan itu manakala Israel tidak mahu mengulas untuk sebarang laporan luar.- MalaysiaGazette