Home Nasional Motosikal tergelincir akibat kipas plastik PPBM dapat perhatian PM

Motosikal tergelincir akibat kipas plastik PPBM dapat perhatian PM

SHAH ALAM – Kes seorang penghantar makanan terbabit kemalangan di Bulatan Kayangan di sini selepas motosikal yang ditunggang tergelincir ketika melalui jalan dipenuhi puluhan kipas plastik tertera logo Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendapat perhatian Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mohamad Azezul Mohd Omar, 18 yang juga seorang penuntut universiti, mendakwa kejadian berlaku Sabtu lepas kira-kira 6 petang ketika dia dalam perjalanan menghantar makanan untuk seorang pelanggan.

“Ketika sampai di tempat kejadian, saya dapati banyak kipas plastik parti Bersatu berwarna merah bertimbun di tengah-tengah jalan yang menyebabkan tayar motosikal saya tergelincir lalu terseret di Bulatan Kayangan.

“Justeru saya minta ganti rugi sepatutnya daripada pihak berkaitan untuk membaiki motosikal saya yang rosak serta telefon bimbit saya yang retak dalam kejadian itu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohamad Azezul yang bekerja sebagai penghantar makanan secara sambilan dan mengalami kecederaan di kaki kiri akibat kemalangan sebelum itu memuat naik dalam akaun Twitternya @Vzezul bahawa motosikal yang ditungganginya tergelicir ketika melalui jalan yang bertaburan dengan kipas plastik tertera perkataan Ulang Tahun Kedua Bersatu.

“Tadi saya kemalangan dekat bulatan Kayangan Shah Alam sebab benda ni. Mohon retweet sampai Tun M nampak. Aku nak claim (tuntut) motor aku,” katanya menerusi akaun Twitternya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri dalam twitternya memberi respon terhadap kejadian menimpa lelaki berkenaan.

41938978_1874971729206646_2511502806603530240_n

Beliau mahu pihak PPBM menghubungi Mohamad Aezul dan mengambil maklum mengenai apa yang berlaku.- MalaysiaGazette