Home Ekonomi Ringgit diibuka rendah

Ringgit diibuka rendah

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US hari ini, walaupun Amerika Syarikat (AS) dijangka mengumumkan satu lagi kenaikan tarif ke atas barangan China pada awal Disember. 
. Ringgit dijangka didagangkan pada paras 4.165 hingga 4.185 pada minggu depan, didorong oleh faktor luaran termasuk hala tuju dolar Amerika Syarikat (AS) serta harga minyak, kata penganalisis.-Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan sentimen yang terjejas akibat pertikaian perdagangan Washington-Beijing yang terus ketara, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, ringgit turun kepada 4.1420/1470 berbanding dolar AS daripada 4.1410/1450 semalam.

Seorang peniaga berkata, pengesahan bahawa Presiden Donald Trump bertindak mengenakan tarif tambahan ke atas barangan China bernilai AS$200 bilion, hanya menyemarakkan lagi sentimen mengelak risiko di pasaran.

“Dolar AS kembali mengukuh susulan peningkatan pertikaian perdagangan semalam yang menyaksikan kelompok mata wang negara sedang pesat membangun terjejas semula apabila permintaan terhadap aset pasaran itu berkurangan,” katanya.

Dalam pada itu, ringgit bagaimanapun didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0214/0257 daripada 3.0202/0242 pada Isnin namun mengukuh berbanding yen kepada 3.6887/6938 daripada 3.6967/7012, semalam.

Ia meningkat berbanding euro kepada 5.4467/4558 daripada 5.4359/4428 tetapi rendah berbanding pound Britain kepada 4.8325/8400 daripada 4.8354/8414. – MalaysiaGazette