BEIJING – Beberapa orang guru disiasat susulan kematian seorang remaja lelaki di sekolah pada Ahad lalu selepas didenda kerana bercakap semasa waktu tidur.
Mangsa, telah didenda lompat katak setinggi 20 meter, yang kemudian menyebabkan dia jatuh dan tidak sedarkan diri.
Pelajar itu telah dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia kerana mengalami pendarahan di mulut, telinga dan hidung.
Setakat ini polis tidak menemui bukti-bukti kesalahan kerana tidak ada tindakan fizikal oleh guru-guru terbabit dan kes belum difailkan.
Namun, tiga guru masih disiasat, kemungkinan melanggar undang-undang kerja, menurut jurucakap kerajaan.
Menurut keluarga mangsa, pelajar yang bernama Zhang didapati bercakap dengan kawan semasa rakan-rakannya yang lain tidur pada tengah hari Ahad lalu..
Kedua-duanya diperintahkan ke tempat permainan dan membuat lompat katak sebagai denda.
Guru terbabit yang dikenali sebagai Xie menyuruh mereka meletakkan tangan di belakang badan semasa melompat.
Mangsa disifatkan sebagai seorang pelajar yang aktif. – MalaysiaGazette