Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, laporan media mengenai kenyataan beliau berhubung kerusi perdana menteri telah disalahertikan dan tidak bermaksud apa-apa.
Ujarnya, kenyataan itu hanya gurauan yang dibuat di hadapan penuntut dari pelbagai kolej di Singapura, semalam.
“Saya kata kalau tidak dipenjara, saya nak berada di situ untuk angkat sumpah, sekarang (ketika itu) saya di penjara. Saya bergurau jadi berita utama.
“Yang saya ulas tidak diberikan penekanan, ia adalah bahawa peranan kita adalah memastikan kerajaan ini amat kuat di bawah kepimpinan Tun Mahathir untuk menyempurnakan proses perubahan yang amat mendesak,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini.