LONDON – Kelab gergasi Sepanyol, Barcelona dilaporkan sedang mengadakan perbincangan serius untuk mendapatkan pemain tengah menyerang Corinthians, Pedrinho lapor Goal.com
Kelab Brazil itu sebelum ini dikatakan meletakkan harga 25 juta pound (RM121 juta) ke atas pemain berusia 20 tahun itu.
Pedrinho menjadi buruan banyak kelab termasuk menarik minat Paris Saint-Germain (PSG) dan Shakhtar Donetsk.
Ini bukan kali pertama Barcelona dikaitkan dengan Pedrinho kerana mereka hanya menunggu persetujuan bersama mengenai kontrak bersama Corinthians.
Barcelona kerap menjadikan pemain Brazil sebagai sasaran perpindahan apabila membeli Paulinho pada musim panas lalu, sebelum mendapatkan Philippe Coutinho (Januari) dan kemudian Arthur serta Malcom (Julai). – MalaysiaGazette