Home Utama Angka maut arak beracun meningkat 31 orang

Angka maut arak beracun meningkat 31 orang

Datuk Mazlan Mansor
Datuk Mazlan Mansor

KUALA LUMPUR – Dua lagi kematian terbaharu akibat minum arak yang mengandungi metanol di Selangor menjadikan jumlah kesemuanya sebanyak 31 orang.

Jumlah yang dilaporkan itu adalah setakat 9 pagi tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, mereka meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh.

Kedua-dua mangsa berusia 29 dan tahun 30 tahun.

“Setakat hari ini, jumlah keseluruhan mangsa yang terlibat dalam kes arak beracun di Selangor seramai 58 orang,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Daripada jumlah itu, 16 orang mangsa dilaporkan semakin pulih dan dibenarkan pulang manakala 18 lagi masih dirawat.

Mazlan berkata, mangsa-mangsa yang meninggal dunia akibat pengambilan arak beracun itu terdiri daripada 10 warga Myanmar, Nepal (6) dan dua warga tempatan dan Bangladesh serta India (1).

Seorang mangsa belum diketahui warga negaranya. – MalaysiaGazette