Home Nasional Dua negara tidak disukai: Saifuddin tak profesional, kata netizen

Dua negara tidak disukai: Saifuddin tak profesional, kata netizen

Datuk Saifudin Abdullah.
Saifuddin Abdullah.

KUALA LUMPUR – Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dikritik pengguna media sosial kerana didakwa tidak profesional dalam menggalas jawatan itu.

Dalam satu entri Tweet, Saifuddin menulis; Ada dua negara yang beliau tidak suka kerajaannya tapi terpaksa dilawati juga.

“Pertama kerana urusan agama dan kedua lagi kerana urusan negara” katanya di Twitter beliau.

saifuddint

Ekoran daripada status tersebut, Ketua Sekretariat Pakatan Harapan (PH) itu mendapat kritikan hebat daripada netizen.

Antara mereka menulis; YB, harap jangan tweet perasaan personal tentang negara lain sebagai Menteri Luar Negeri. Kalau kerajaan negeri-negeri tu mendengar atau orang lain dapat meneka, mungkin menjejaskan hubungan antara negeri,” komen KNTeoh.

Malah ada yang mendesak Saifuddin meletakkan jawatan ekoran status tidak bertanggungjawab beliau.

“Apa jenis menteri cakap suka tak suka ni..siapa suruh terima post ni..please resign,” desak Malissa Hamid.

“Statement YB ni sangat tak profesional sebagai Menteri..tak perlu la nak share kat media sosial kalau tak suka pun,” tulis Farease.

komen1— —-

— MalaysiaGazette