Home Ekonomi Aliran masuk asing terbesar minggu lalu – MIDF

Aliran masuk asing terbesar minggu lalu – MIDF

Pelabur asing menjual sejumlah AS$704.3 juta ekuiti minggu lalu berbanding AS$705.4 juta pada minggu sebelumnya. - MIDF Research

KUALA LUMPUR – Pelabur asing membeli sejumlah RM514.8 juta ekuiti tempatan minggu lalu, aliran masuk terbesar yang direkodkan dalam 22 minggu.

Malah, Malaysia berjaya menarik aliran masuk asing terbesar mingguan berbanding Thailand, Filipina dan Indonesia.

MIDF Research berkata, sebanyak RM1.1 juta ekuiti dilupuskan oleh pelabur asing pada hari Selasa disebabkan oleh sentimen selepas Presiden Donald Trump mengenakan tarif 10 peratus pada barangan bernilai AS$200 bilion bagi import China mulai 24 September hingga Januari 2019.

Susulan itu, bursa-bursa tempatan kerugian 0.60 peratus, ditutup di bawah 1,800 mata pada hari yang sama.

Bagaimanapun, dana asing kembali pulih sehingga minggu berakhir.

Firma penyelidikan itu berkata, pelabur asing melabur sejumlah RM56.5 juta pada hari Rabu dan RM151.6 juta pada hari Khamis.

Jumlah itu meningkat dua kali ganda kepada RM307.8 juta pada hari Khamis – nilai terbesar sejak 31 Julai 2018.

Tambahnya, dengan berbaki lima hari dagangan pada bulan ini, September menyaksikan aliran keluar pelabur asing sebanyak RM146 juta.

Setakat Jumaat lalu, jumlah aliran keluar pelabur asing dari bursa ialah RM8.7 bilion – kedua paling rendah dalam kalangan empat pasaran ASEAN yang dipantau.

Pelabur asing lebih aktif berbanding pasaran runcit dan institusi dengan nilai purata dagangan harian (ADTV) 13.0 peratus lebih tinggi kepada RM1.9 bilion dalam 14 minggu.

Sementara ADTV bagi pasaran runcit dan institusi susut lebih daripada 10 peratus. – MalaysiaGazette