LONDON – Pengerusi Juventus, Andrea Agnelli melihat bintang muda Manchester City, Leroy Sane sebagai prospek perpindahan akan datang bagi kelab itu.
Mail.Online melaporkan, kelab gergasi Serie A itu berminat untuk mendapatkan pemain sayap kelahiran Jerman dalam usaha menguatkan pasukan mereka.
Menurut media Itali, CalcioMercato, Sane diibaratkan seperti pemain Cristiano Ronaldo namun versi muda.
Namun Juventus tidak dapat merealisasikan hasrat itu dilaksanakan ketika ini kerana telah berbelanja besar membawa masuk Ronaldo ke Itali pada musim baharu.
Kelab itu menyasarkan masa setahun atau dua tahun untuk memuktamadkan tawaran buat Sane dengan nilai bintang itu akan mencecah €150 juta (RM728.65 juta).
Namun mereka bersedia untuk menunggu lama bagi mendapatkan salah seorang bintang paling muda dalam dunia bola sepak. – MalaysiaGazette