Home Ekonomi Ekonomi Malaysia dijangka berkembang perlahan

Ekonomi Malaysia dijangka berkembang perlahan

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Ekonomi Malaysia dijangka berkembang pada kadar perlahan di antara November 2018 sehingga Januari tahun hadapan bersandarkan kepada trend pertumbuhan ekonomi semasa.

Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, perubahan bulanan Indeks Utama (LI) meningkat sebanyak 0.2 peratus kepada 118.6 mata berbanding 118.4 mata pada Jun 2018.

Tambahnya, terdapat lima daripada tujuh komponen LI menyumbang kepada peningkatan tersebut dengan penyumbang tertinggi adalah dari Import Sebenar Semi-Konduktor iaitu sebanyak 0.5 peratus.

“Bagaimanapun, perubahan LI tahunan menguncup 0.1 peratus pada Julai 2018,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

LI direka untuk memantau prestasi ekonomi secara purata bagi tempoh empat sehingga enam bulan akan datang.

Dalam pada itu, Indeks Koinsiden (CI) yang mengukur aktiviti ekonomi semasa pula berkembang sebanyak 1.6 peratus pada Julai 2018.-MalaysiaGazette