Home Utama Little Jakarta di ibu negara tidak boleh dibiarkan

Little Jakarta di ibu negara tidak boleh dibiarkan

Notis larangan mengambil warga asing sebagai pembantu atau pekerja oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada Majlis Sifar Peniaga Warga Asing di Pasar Raja Bot, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 25 SEPTEMBER 2018.
Notis larangan mengambil warga asing sebagai pembantu atau pekerja oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada Majlis Sifar Peniaga Warga Asing di Pasar Raja Bot, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 25 SEPTEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Penjaja dan peniaga kecil di Wilayah Persekutuan yang didapati menggaji pembantu warga asing atau menyewa lesen demi keuntungan goyang kaki akan dibatal lesen serta merta dan disenaraihitamkan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melontar peringatan itu kepada lebih 60,000 peniaga dan penjaja kecil Melayu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke arah program ‘Sifar Penjaja Warga Asing’ yang dilancarkan di Pasar Jalan Raja Bot, Chow Kit hari ini.

Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi DBKL, Datuk Ibrahim Yusoff berkata, pihaknya mensasarkan 5 hingga 10 peratus pengurangan kebergantungan pekerja asing untuk 12 bulan akan datang ke arah program Sifar Penjaja Warga Asing.

MGF25092018_SIFARPENJAJAWARGAASING_16
Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio-Ekonomi DBKL, Datuk Ibrahim Yusoff bercakap kepada media pada majlis Sifar Peniaga Warga Asing di Pasar Raja Bot, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 25 SEPTEMBER 2018.

“Agak menyedihkan apabila tak silap saya lebih 60,000 peniaga dan penjaja kecil ada di WPKL, tetapi sebahagian besarnya dikuasai warga asing jelas tidak bermakna.

“Apatah lagi di Pasar Borong di ibu negara hanya 40,000 sahaja merupakan peniaga warga tempatan dan selebihnya warga asing seolah menjadikan suasana little Jakarta dan ini tidak boleh dibiarkan berterusan.

“Manakala di Pasar Jalan Raja Bot Chow Kit, sebanyak 1567 peniaga dan penjaja kecil berniaga dan 22 orang diambil tindakan pembatalan lesen dan 54 lagi diberi surat tunjuk sebab kenapa mengambil pekerja asing bagi tujuan pembatalan lesen niaga,” katanya dalam sidang media selepas perasmian di sini.

Turut hadir Yang DiPertua PPPKMWP, Datuk Mohammad Abdullah selaku penganjur bersama kempen Sifar Penjaja Asing bersama DBKL, Imigresen dan Kementerian Wilayah.

Ujarnya, Pasukan Petugas Khas bersama penguatkuasa Imigresen akan membuat pemantauan secara menyamar dan memeriksa lesen bergambar jika dikesan meletakkan warga asing sebagai pembantu dan akan diperluaskan ke pasar borong Selayang dan Kuala Lumpur juga secara agresif.

Tambah beliau peniaga dan penjaja kecil-kecilan di Wilayah Persekutuan mempunyai tanggungjawab utama dalam menjamin manfaat dan hak kebajikan peniaga tempatan terpelihara dari didominasi peniaga asing.

Beliau mengharapkan PPPKMWP menasihati peniaga-peniag dan kira-kira 500,000 ahli di bawah naungan itu supaya terus mengambil serius membantu kerajaan membanteras kebergantungan pekerja asing secara total.

MGF25092018_SIFARPENJAJAWARGAASING_03
Kelihatan warga asing turut menjadi pembantu peniaga dan penjaja di Pasar Raja Bot, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 25 SEPTEMBER 2018.

Katanya hasil pemantauan penguatkuasa dan pasukan petugas khasnya mendapati sebahagian besar peniaga tempatan ‘goyang kaki menikmati keuntungan di rumah dengan menyewakan lesen niaga kepada warga asing.

“Kita memulakan program ini julung kali dengan kerjasama Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu (PPPKMWP) di Chow Kit kerana ini tempat ikonik tiga bangsa utama berniaga secara turun temurun sejak berdekad lama tetapi digugat penjaja asing.

“Kita mahu memastikan segala manfaat pernigaan ini dinikmati bersama anak generasi muda kita bukan warga asing, jika tidak dua tahun kemudian kita akan jadi pembantu dia (warga asing)pula,” ujar beliau.

Tegas beliau mana mana peniaga tempatan yang didapati mengambil kerja pekerja asing menguruskan perniagaannya akan dikenakan tindakan pembatalan lesen, sitaan barang dan disenaraihitam.

MGF25092018_SIFARPENJAJAWARGAASING_12
Yang Dipertua Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Abdullah memberikan notis Sifar Peniaga Warga Asing kepada peniaga dan penjaja di Pasar Raja Bot, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 25 SEPTEMBER 2018.

“Kalau ikut Undang-Undang Kecil Perlesenan Penjaja dan Gerai Wilayah Persekutuan 2016, pengambilan pekerja asing sebagai pembantu tidak dibenarkan sama sekali.

“Perniagaan kecil yang tidak membawa pulangan besarĀ  elak ambil pekerja asing dan manfaatkan sesama ahli keluarga dan rakyat tempatan sahaja.

“Jika berdegil terus menggaji tenaga asing, tindakan sita barang, batal lesen dan senarai hitam nama akan menyusul segera mengikut peraturan yang ditetapkan,” tegas beliau.

Dalam pada itu, Ketua PPPKMWP Cawangan Pasar Jalan Raja Bot, Shahrin Darus yang juga Setiausaha Agung peringkat wilayah merayu DBKL supaya kerajaan menyediakan alternatif menang menang menggantikan tenaga pekerja asing.

Sambil menyifatkan pihaknya akur dengan segala peraturan dan perundangan ke arah sifar penjaja warga asing, menyeru kerajaan mencari penyelesaian tetap demi kelangsungan perniagaan mereka.

“Kami akan terus dokong tindakan sifar penjaja asing penguatkuasa tetapi mereka diharap menyediakan satu penyelesaian tetap untuk memudahkan urusan perniagaan harian kami ini,” tegasnya.- MalaysiaGazette