Wednesday, November 27, 2024
Home Sukan Aubameyang didenda bawa kereta laju

Aubameyang didenda bawa kereta laju

Foto Daily Mail.

LONDON – Bintang Arsenal, Pierre-Emerick Aubame terkenal dengan hobi memiliki rangkaian kereta-kereta mewah berkelajuan tinggi seperti Lamborghini.

Namun hobi itu membawa masalah kepada pemain antarabangsa Gabon itu apabila semalam dia didenda kira-kira RM6,800 kerana memandu melebihi had laju kereta.

Ketika kejadian, penyerang itu memandu Lamborghini Aventador yang dibelinya pada harga kira-kira RM1.5 juta.

Daily Mail melaporkan, Aubameyang turut mendapat enam mata penalti selepas tindakanya itu dirakam kamera had laju.

Ketika hadir di hadapan Majistret Willesden di Mahkamah Utara London, dia tidak memberi jawapan apabila ditanya pendakwa raya alasan memandu laju.

Aubameyang bagaimanapun mengaku bersalah dan meminta maaf di atas perbuatannya.

Aubameyang terkenal dalam kalangan peminat Arsenal kerana gemar mengumpul kereta mewah seperti Porsche, Ferrari dan Range Rover.

Aubameyang menerima pendapatan lebih RM975,000 sebulan selepas berpindah dari Borussia Dortmund Januari lalu. – MalaysiaGazette