BANGKOK – Penyakit ganjil menyebabkan wajah seorang wanita di Wilayah Uttaradit dekat sini menjadi ‘cair’ dan tubuhnya dipenuhi bintik-bintik kecil.
Wanita berkenaan, Samran Janda, 49, menderita penyakit ganjil itu sejak berusia lima tahun.
Malah doktor di klinik di kawasannya bingung untuk mencari ubat sesuai mengubati penyakit Samran.
Dalam masa yang sama, keluarganya iaitu ibu dan kakaknya tidak mempunyai wang untuk membawa Samran menemui doktor pakar.
Apatah lagi selepas bapa Samran meninggal dunia ketika wanita malang itu masih kecil.
Penyakit itu kini semakin tidak terkawal sehingga menyebabkan sebahagian kulit muka Samran semakin melendut seakan-akan ‘cair’.-MalaysiaGazette