Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tepat jam 9.52 pagi.
Beliau yang berbaju kurung dan bertudung hijau tiba dengan menaiki kereta Proton Perdana berwarna hitam bernombor pendaftaran WLD11 tanpa ditemani ahli keluarganya.
Ini kali kedua Rosmah dipanggil SPRM bagi mendapatkan keterangan, namun kali ini berkaitan kes penggubahan wang haram.