Home Dunia Indonesia isytihar 5 hidangan nasional

Indonesia isytihar 5 hidangan nasional

Soto
Soto

JAKARTA – Lima hidangan akan diisytihar sebagai hidangan Indonesia,kata Menteri Pelancongan, Arief Yahya lapor Tempo.co.

Hidangan itu adalah soto, rendang, nasi goreng, satay dan gado-gado.

Beliau berkata, langkah tersebut akan menyelesaikan masalah tidak mempunyai
makanan nasional yang dihadapi Indonesia.

“Ia menimbulkan banyak masalah kerana kami mempunyai terlalu banyak (jenis) makanan,” kata Arief pada sidang media seperti dilaporkan The Jakarta Post.

Arief berkata, tiada masalah yang timbul dalam kalangan pelancong tempatan menerusi pengenalan makanan itu namun usaha masih diperlukan bagi \menarik pelancong asing mengenal makanan Indonesia itu.

Arief berkata, soto dicalonkan sebagai hidangan nasional olej lima kementerian dan agensi yang diketuai Agensi Ekonomi Kreatif. Alasannya kerana soto boleh didadapti di mana-mana di negara itu.

Bagaimanapun, Kementerian Pelancongan memutuskan soto, rendang, nasi goreng, satay dan gado-gado sebagai hidangan nasional.

Strategi kedua ialah mempromosi pelancongan kulinari di Indonesia dengan menamakan destinasi kulinari, katanya.

Kementerian Pelancongan dalam proses mengiktiraf tiga destinasi kulinari iaitu Bali, Bandung dan Yogyakarta.

“Saya berharap Bali menjdi destinasi kulinari pada 2018 diikuti Bandung,” katanya. – Agensi