Home Dunia 50 juta pengguna FB digodam

50 juta pengguna FB digodam

Gambar hiasan

New York- Facebook (FB) mengumumkan kira-kira 50 juta penggunanya terdedah dengan pelanggaran keselamatan yang membolehkan penggodam menggunakan profil mereka.

“Ini merupakan satu isu yang serius dan kami telah mengambil beberapa langkah untuk mengatasinya.

“Kami juga berhubung dengan pihak berkuasa untuk membantu mengenal pasti penggodam,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Mark Zuckerberg dalam satu sidang media.

Dalam satu kenyataan media, Naib Presiden Facebook, Guy Rosen berkata, isu itu timbul apabila ada pihak menyalahgunakan satu ciri di paparan FB “View as feature” yang membolehkan para pengguna melihat profil sendiri dari perspektif pengguna lain.

“Siasatan kaminmasih awal tetapi jelas menunjukkan penyerang siber telah menyalahgunakan ciri-ciri “view as feature” itu.

“Ini membolehkan mereka mencuri token akses Facebook yang kemudiannya akan digunakan untuk mengambil alih akaun pengguna lain.

“Token akses berfungsi sama seperti kunci-kunci digital yang membuatkan pengguna kekal log-in ke dalam Facebook supaya mereka tidak perlu lagi memasukkan kata kunci setiap kali mahu menggunakan aplikasi tersebut,” jelasnya.

Tambah