BARCELONA – Karier jurulatih Barcelona, Luis Enrique tidak panjang nampaknya apabila dia bakal meninggalkan kelab juara Sepanyol itu pada penghujung musim ini.
Keputusan mengejut itu diumumkan Enrique selepas pasukannya mencatat kemenangan 6-1 ke atas Sporting Gijon dalam aksi liga Sepanyol, awal pagi tadi.
“Saya mahu rehat,” kata Enrique dalam sidang media selepas perlawanan itu
“Saya tidak akan menjadi jurulatih untuk Barcelona musim depan.
“Ia akan menjadi tiga tahun yang tidak dapat dilupakan,” ujar pengendali berusia 46 tahun dan bekas pemain kebangsaan Sepanyol itu.
Pengumuman itu pada mulanya dibuat di bilik persalinan selepas perlawanan di Camp Nou.
Dalam aksi pagi tadi, gandingan trio MSN – Messi, Suarez, Neymar masing-masing menjaringkan satu gol untuk Barca manakala dua lagi dijaringkan Rakitic dan Alcacer serta gol sendiri pemain Sporting, Juan Rodriguez. MalaysiaGazette