Home Dunia Pesawat pejuang termahal AS terhempas

Pesawat pejuang termahal AS terhempas

Asap kelihatan di kawasan pesawat F-35 terhempas di Beaufort, selatan Carolina, Amerika Syarikat, foto Reuters

WASHINGTON – Sebuah jet pejuang F-35B milik tentera Amerika Syarikat yang bernilai AS$100 juta terhempas di selatan Carolina.

Bagaimanapun juruterbang berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan.

Marines Corp berkata, siasatan terhadap punca kemalangan sedang dijalankan.

Jet pejuang F-35 adalah senjata terbesar dan paling mahal di dunia.

Jualan global bagi mensasarkan untuk menjual 3,000 pesawat dan ia dijangka mengambil masa antara 30 hingga 40 tahun.

Program pembinaan pesawat itu dikritik hebat kerana kos yang tinggi serta keberkesanannya.

“Pesawat yang terlibat dalam kemalangan itu dianggarkan bernilai AS$100 juta (77 juta pound), meskipun kontrak Pentagon mengumumkan ia membelinya pada harga AS$89.2 juta,” menurut Reuters.

Model yang terlibat dalam kemalangan itu merupakan antara tiga daripada siri F-35.

Pada hari Khamis lalu, Amerika Syarikat menjalankan operasi pertamanya menggunakan F-35B untuk mensasarkan Taliban di Afghanistan, empat bulan selepas tentera Israel mengumumkan telah menggunakan F-35A untuk melakukan dua serangan berasingan.

Presiden DonaldTrump berulang kali memuji F-35 dengan mengatakan musuh “tidak dapat melihatnya” kerana ia boleh mengelak radar. – MalaysiaGazette